Kajian saintifik tentang corak bacaan telah dijalankan oleh pelbagai pihak, antara yang popular adalah kajian oleh Nielsen Norman Group pada tahun 2006 yang sehingga kini menjadi rujukan utama. Kajian pengesanan mata ("eye tracking") dijalankan keatas 232 pengguna mendapati secara umumnya pengguna Internet membaca laman Web mengikut corak bacaan dominan berbentuk "F" mengikut komponen berikut:
- Pengguna membaca secara melintang (“horizontal movement”) pada bahagian atas laman Web.
- Kemudian, cara bacaan menurun sedikit – garisan melintang kedua (“second horizontal movement”) dan selalunya merangkumi kawasan lebih pendek.
- Akhirnya, pengguna mengimbas (“scan”) bahagian kiri secara menegak (“vertical movement”).